Monday, May 13, 2013

Mawi: Saya masih dalam industri



Mawi, Ekin Rahmat
Mawi, Ekin Rahmat

MAWI yang mendapat gelaran Tsumawi selepas menjuarai rancangan realiti, Akademi Fantasia Musim Ketiga dilihat menyepi dari industri seni tanah air. Penyanyi yang berasal dari Kulai, Johor menafikan kerjaya seninya sudah berkubur.

Ikuti temu bual bersama penyanyi Aduh Saliha yang sudah bergelar bapa ini mengupas mengenai perkembangan terkini dalam karier seninya.

Apa perkembangan terkini Mawi?

MAWI:
Sekarang saya fokus pada perniagaan produk kesihatan dan kecantikan, UnieQuein yang saya usahakan bersama isteri saya, Ekin yang baru dimulakan tiga bulan lalu. Perniagaan ini kami jalankan sendiri dan tidak terikat dengan sesiapa.
Jadi, saya boleh susun sendiri jadual saya.

Selain itu, saya ada mengeluarkan single terbaru bersama komposer, M.Nasir dan lirik ditulis oleh Ad Samad berjudul Termolek. Lagu ini sudah masuk dalam pencalonan baru Muzik Muzik, minggu lalu.

Manakala untuk produksi, insya-ALLAH hujung Mei ini saya akan mulakan penggambaran untuk drama hari raya.


Lagu Termolek menceritakan apa?

MAWI
: Termolek ini ada macam-macam maksud. Boleh untuk seorang lelaki melihat seorang perempuan yang cantik molek, dia jatuh cinta atau dari seorang bapa yang melihat anaknya.

Tetapi saya selalu fikirkan lagu itu untuk anak saya dan sebab itulah, klip videonya pun menceritakan tentang seorang bapa dengan anak.

Selepas berkahwin dan mempunyai anak, Mawi dilihat ‘senyap’ dari industri seni.

MAWI:
Saya tak senyap. Saya buat macam-macam. Macam untuk buat perniagaan ini, saya fikir selama dua tahun. Saya fikir, produk apa saya nak buat. Saya ‘study’, kaji. Produk ini dikeluarkan dari kilang kami sendiri. Kami bukan jenama semula produk orang.

Kami ada makmal sendiri, R&D sendiri. selepas dua tahun, saya minta nasihat daripada pakar-pakar dalam bidang ini, baru saya berani keluar. Mula-mula saya cuba pada mak saya dulu.

Nampak perubahan mak saya. Mak saya pakai tongkat, sekarang dah tak pakai tongkat. Saya lebih yakin dan berani nak keluarkan produk ini di pasaran.

Lepas kahwin, orang kata Mawi tak popular. Apa komen Mawi?

MAWI
: Okey, popular saya dah rasa (berseloroh). Ia ada zaman. Tapi saya masih ada dalam industri...tak hilang dalam industri. Alhamdulillah masih ada orang panggil saya menyanyi. Lagi-lagi sekarang musim kempen. Memanglah...saya mengaku, saya tak sepopular lima, enam tahun lalu.

Tapi, zaman itu apabila kita dapat rasa daripada awal kemunculan hingga tiga, empat tahun selepas itu. Mungkin sudah tertulis, setakat ini. Tapi saya teruskan...masih teruskan sebab saya suka dengan apa yang saya buat sekarang.

Bagaimana kehidupan setelah bergelar bapa?

MAWI
: Saya suka jadi bapa. Tak cukup tidur itu biasa. Tapi sekarang anak saya dah tidur ikut waktu. Awal-awal dulu memang pukul 3 atau 4 pagi baru tidur. Sekarang, Alhamdulillah sebab pukul 11 malam dah tidur.

Itu pun masa kita tidur juga kan. Kami jaga sendiri tapi dibantu oleh ibu mertua saya. Dia tinggal dengan saya. Alhamdulillah, dia banyak membantu saya. Kalau tak, kelam kabut juga saya.

Apabila kita melihat anak kita berubah dari hari ke hari, itu perkara paling seronok. Esok nak tengok dia pandai cakap apa pula. sekarang sudah setahun dua bulan tapi belum pandai berjalan lagi.

Merangkak lagi tapi yang saya nampak, dia bercakap dulu. Dalam umur macam itu, banyak juga perkataan yang disebut agak jelas. Orang kata kalau bayi cakap dulu, akan berjalan lambat.


Baru-baru ini, rumah Mawi sekali lagi dimasuki orang. Mawi akan tingkatkan keselamatan selepas ini?

MAWI:
Okey begini. Selepas kejadian dulu, yang dimasuki perompak, saya ambil pengawal keselamatan untuk berjaga di rumah saya sahaja. Sebelum ini, hanya ada pengawal keselamatan berjaga di jalan masuk tapi itu tidak menjamin kerana ada banyak lorong tikus.

Jadi, saya ambil pengawal keselamatan untuk berjaga di kawasan rumah. Saya upah untuk berjaga pada waktu malam saja. Jadi, apabila terjadi insiden terbaru ini pada waktu siang, saya terfikir nak upah pengawal keselamatan pada waktu siang kerana pada waktu siang pun tak selamat kerana tempat itu sunyi.

Tapi yang berlaku baru-baru ini bukanlah merompak. Katanya, orang bunian masuk ke rumah saya. Dia memecahkan rumah saya kerana mahu menghalau orang bunian itu.

Dia bekerja buat rumah di sebelah rumah saya. Orang normal melihat dia mungkin mental tapi mungkin dia nampak betul, kita tak tahu. Dia kata, yang lelaki dah keluar, yang perempuan belum keluar lagi dari rumah saya.

Ganti rugi semua sudah selesai. Sekarang saya tengah cari pengawal keselamatan untuk siang.


Selepas keluarkan album tahun lepas, tahun ini apa perancangan Mawi?

MAWI:
Tahun lepas saya keluarkan album, Asma Ul Husna pecahkan kepada 10 trek. Setiap satu trek menjadi 11 nama. Jadi, sembilan trek ada 99 nama. Trek ke-10 saya buat penuh.

Kemudian, saya buat Asma Ul Husna versi baru yang dimasukkan rap dalam bahasa Melayu tetapi, itu belum keluar lagi. Insya-ALLAH akan keluar. Lagu itu sudah siap dan hanya tunggu masa untuk dilancarkan.

Saya buat pembaharuan dalam Asma Ul Husna sebab Asma Ul Husna ini dalam bahasa Arab. Orang baca tapi kebanyakan orang tak faham apa yang disebut.

Jadi, saya fikir, kenapa Asma Ul Husna tak dibuat dalam bahasa Melayu tapi ia terlalu...sebab ia terlalu besar, makna dalam bahasa Arab ini. Jadi, saya masukkan rap bahasa Melayu sajalah.

Saya bergabung dengan Jeff A to Z. Sekarang dalam perancangan untuk membuat muzik video Asma Ul Husna.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails