Wednesday, May 22, 2013

Melly terjun ke bidang baru



Melly terjun ke bidang baru

SEBUT sahaja nama Melly Goeslow, pasti minda akan bermain dengan lagu-lagu popularnya seperti Ada Apa Dengan Cinta, Gantung, Ketika Cinta Bertasbih dan banyak lagi.

Biarpun kerjayanya sebagai komposer dan penyanyi masih mendapat sambutan ramai, namun dalam diam Melly telah melebarkan jenamanya dalam bidang fesyen pula.

Perniagaan yang telah berjalan hampir empat tahun mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pelanggan dan juga peminat yang meminati setiap rekaan di butiknya,

"Dengan kelainan fesyen yang diberikan membuatkan pelanggan tidak pernah jemu untuk berkunjung melihat sendirian kain yang di import dari India di butiknya. "Dalam pada itu, dia juga berasa bersyukur dengan sambutan yang diberikan oleh semua pihak telah membuatkan dia  mampu mengorak langkah lebih jauh," kata sumber.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails