Friday, May 17, 2013

Menari Rahsia Langsing Hanis Zalikha

Hanis Zalikha


Menari Rahsia Langsing Hanis Zalikha


Pelakon dan pengacara yang semakin mekar namanya, Hanis Zalikha mendedahkan aktiviti menari merupakan salah satu amalannya dalam mengekalkan tubuh badan yang langsing.

Dia berkata menari dapat membuatkannya berpeluh selain mampu menjaga kesihatan serta menurunkan berat badannya.

“Biasanya saya akan lakukannya selama 30 minit setiap hari. Ia tidak memerlukan waktu yang khusus dan secara logiknya, dengan menari ia dapat membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan tenaga dan menguatkan otot-otot badan,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Selain daripada menari, Hanis yang juga merupakan seorang blogger terkenal ini telah mengamalkan pengambilan kolagen sejak tiga tahun lalu.

“Mama saya ada perkenalkan produk kolagen kepada saya dan saya telah mengamalkannya selama tiga tahun. Sepanjang menggunakannya, ia amat berkesan untuk kulit dan sendi di tubuh kita,” katanya yang tidak akan sesekali mengambil sebarang suntikan untuk kekal cantik dan langsing.

Hanis juga mengamalkan meminum susu setiap hari sebelum tidur, memperbanyakkan makan ulam dan buah-buahan dalam setiap hidangannya selain mendapatkan tidur secukupnya setiap hari untuk tubuhnya sentiasa tampil segar dan bertenaga.

Buat pembaca yang menyimpan cita-cita untuk tampil kurus dan sihat seperti Hanis, jangan lupa untuk mencuba tips yang telah dikongsi oleh Hanis ini ya!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails