Tuesday, May 21, 2013

Ramli Ibrahim Buat Persembahan Di Kelantan

Ramli Ibrahim


Ramli Ibrahim Buat Persembahan Di Kelantan


KOTA BAHARU – Peminat seni dan budaya tanah air di Kelantan berpeluang menyaksikan persembahan tarian klasik oleh penari terkenal tanah air, Ramli Ibrahim di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Tanjong Chat, di sini, Sabtu ini.

Pengarah JKKN Negeri Kelantan, Ismail Yusoff, berkata program itu diadakan sempena siri penjelajahan tarian penari itu yang dinamakan ‘River Sutra Tour 2013′ anjuran bersama JKKN dan Yayasan Sutra, mulai pukul 8.30 malam.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai, khasnya peminat seni tari dan kebudayaan hadir bagi menyaksikan persembahan kumpulan itu yang diadakan secara percuma.

Katanya, tempat adalah terhad dan orang ramai diminta datang lebih awal bagi memastikan mereka mendapat tempat duduk dalam auditorium tersebut yang mampu menampung hampir 1,000 jemputan.

Pihak penganjur juga turut menjemput badan-badan seni kebudayaan dari seluruh negeri, termasuk pelajar institusi pengajian tinggi bagi menyaksikan persembahan yang julung kali diadakan di negeri ini.

“Persembahan itu lebih berupa untuk membuat kajian dan penyelidikan tentang seni tari pelbagai etnik yang terdapat di negara ini,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails