Wednesday, May 15, 2013

“Saya Tak Bodoh” – Uqasha Senrose

Uqasha Senrose


“Saya Tak Bodoh” – Uqasha Senrose


Baru-baru ini, Uqasha Senrose dikhabarkan ingin meninggalkan produksi Metrowealth (MIG) gara-gara dilarang bercinta oleh majikannya itu.

Terbaru, menurut laporan Metro Ahad, Uqasha dituduh tidak berdisiplin oleh sebuah produksi apabila dia ingin pulang awal daripada rakaman memasukkan suara (dubbing). Kononnya dia mahu makan malam bersama keluarga tetapi sebenarnya mahu jumpa kekasih, Pekin Ibrahim.

Kesal dengan dakwaan tersebut, Uqasha yang dihubungi GUA pada Isnin menegaskan dia tidak pernah pulang awal dan sentiasa menjaga disiplin ketika berkerja.

“Memang saya kesal apabila orang buat cerita bukan-bukan tentang saya. Saya belum pernah nak balik awal dan saya tidak bodoh tidak mahu selesaikan kerja hanya kerana nak pergi ‘dating’. Lagipun, Pekin juga seorang yang berdisiplin. Tak mungkin dia akan suruh saya tinggalkan kerja untuk berjumpa dia,” ujar Uqasha.

Walaupun sering dihimpit kontroversi, Uqasha percaya ini merupakan asam garam dalam industri dan dia enggan mengambil pusing kata-kata orang.

“Sidah lumrah alam, orang memang suka bercakap dan membesar-besarkan sesuatu hal. Saya akan tolak tepi apabila orang cakap perkara yang tidak betul tentang saya. Saya tidak perlu tertekan dengan perkara remeh macam ni,” ujarnya lagi.

Tambah Uqasha, dia belum pernah ada sebarang masalah dengan mana-mana produksi. Sekiranya dia melakukan kesilapan ketika bekerja, pihak produksi akan terus menegur kesilapannya itu.

“Lebih baik berterus-terang daripada bercakap di belakang. Kalau saya buat salah di set penggambaran, mereka akan terus tegur saya. Setakat ini, saya tidak pernah ada masalah dengan syarikat produksi”, jelas Uqasha yang tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang mereka-reka cerita tentangnya.

“Saya tak pernah buruk sangka dengan sesiapa. Apa niat mereka buat cerita tentang saya pun, saya tak tahu. Tapi sekiranya apa yang mereka katakan tentang saya positif, saya ambil. Sebaliknya kalau negatif, saya akan cuba perbaiki diri,” ujar Uqasha yang akan muncul dengan filem ‘Bencinta’ dan ‘Paku Pontianak’ dalam sedikit masa lagi.

Sumber: Gua.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails