Wednesday, May 15, 2013

Sharifah Aini Kecewa Dengan Sikap Artis Baru

Sharifah Aini


Sharifah Aini Kecewa Dengan Sikap Artis Baru


Penyanyi popular, Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah meluahkan rasa kecewa dan terkilannya terhadap seorang artis baru yang sifatkannya sebagai sombong dan sentiasa meninggi diri dengan orang di sekelilingnya.

Walaupun begitu, Kak Pah enggan mendedahkan siapakah gerangan artis baru tersebut dan mengatakan dia berasa kesal kerana masih ada anak seni yang sombong kerana status dan kekayaan yang dimilikinya.

“Memang saya pernah jumpa beberapa kali artis ini. Tapi sikap sombong yang ditunjukkan olehnya memang buat saya kecewa sampai nak hulur tangan bersalam dengan orang lain pun tak mahu.

“Hidup jangan meninggi diri. Kalau sampai tak mahu salam, tegur orang sebab dia kaya raya, apakah ertinya? Orang macam ini tak layak digelar anak seni pun sebenarnya,” katanya memetik laporan Utusan.

Siapalah artis baru yang dimaksudkan oleh Kak Pah itu ya?

Moga-moga artis itu berubah sikap dan sebagai seorang anak seni, seharusnya dia pandai membawa diri apatah lagi menghormati orang yang sudah lama berada dalam industri hiburan tempatan.

Siapa yang makan cili, dia terasa pedasnya.

Tak gitu?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails