Thursday, May 16, 2013

Teguran Shila Buat Afiq Dan Eina

Shila Amzah


Teguran Shila Buat Afiq Dan Eina


Penyanyi Shila Amzah telah mengambil pendekatan dengan memberikan sedikit teguran dan nasihat kepada kedua-dua artis muda yang dilanda kontroversi dalaman keluarga iaitu Afiq Muiz dan Eina Azman.

Shila menulis di laman Twitternya, “media dan Twitter bukanlah tempat (untuk selesaikan masalah), kepada sesiapa yang berkenaan, saya sudah belajar daripada pengalaman, percayalah”.

SHILA1

 

SHILA2

Dia turut menambah, “turunkan ego, semua masalah boleh berbincang, tiada salahnya untuk memaafkan, yang muda minta maaf, untuk kebaikan, jangan sampai semua hilang, cinta dan keluarga”.

Ibu Afiq, Hasliza Mohd sebelum ini mendakwa anaknya sebagai anak yang sudah lupa daratan sejak bergelar pelakon dan mendakwa kekasih anaknya, Eina sebagai gadis pengikis apabila duit RM30,000 milik Afiq lesap dalam masa hanya sebulan.

Afiq pula kemudiannya membuat kenyataan balas mengatakan ibunya yang mengusirnya keluar dari rumah dan tidak menyayangi dirinya lagi.

Hmm, macam-macam hal. Lebih baik Afiq, Eina dan ibu Afiq sendiri mengambil pendekatan untuk menyelesaikan masalah ini sendiri tanpa melibatkan campur tangan dari pihak media seperti yang disarankan oleh Shila.

Apa-apa masalah kalau dibawa berbincang dengan baik, insyaAllah semua kesukaran akan menjadi mudah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails