Wednesday, May 15, 2013

Video Berbaur Lucah: Sakinah Minta Maaf

Video Berbaur Lucah: Sakinah Minta Maaf


Video Berbaur Lucah: Sakinah Minta Maaf


Pelakon Sharifah Sakinah memohon maaf di atas keterlanjurannya merakam video berbaur lucah sehingga dirinya menerima pelbagai kecaman dan kritikan daripada peminat hiburan tanah air.

Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 24, menegaskan perbuatannya merakam video itu melalui telefon bimbit rakan artisnya, Anzalna Nasir hanyalah sekadar gurauan dan sama sekali tidak menyangka video tersebut boleh mengundang kontroversi hebat.

“Saya rasa mungkin sebelum ini tidak ada artis yang berani berbuat begitu, sebenarnya mereka salah faham. Ianya sekadar gurauan.

“Ketika saya merakamkan video berkenaan, Anzalna turut berada bersama saya. Kalau diikutkan memang saya berperwatakan gila-gila, mungkin ramai yang tidak kenal saya sehingga melabelkan saya sebegitu,” katanya yang dipetik melalui laporan Utusan.

Sakinah yang merupakan adik kepada dua aktres popular, Sharifah Shahira dan Sharifah Norhaslinda ini turut menyatakan Anzalna sudahpun membuang video kontroversi tersebut daripada akaun Keeknya.

Sebagai seorang ‘public figure’, Sakinah seharusnya sedar sebelum merakam atau memuat naik sebarang video atau gambar yang boleh mencetuskan kontroversi sehingga boleh memberi imej buruk kepada dirinya.

Diharapkan Sakinah belajar daripada pengalamannya ini dan semoga aktres cantik ini tidak akan lagi bertindak sedemikian rupa di masa hadapan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails