Saturday, June 15, 2013

Aiman Mahu Jaga Hati Semua Pihak

Aiman Mahu Jaga Hati Semua Pihak


Aiman Mahu Jaga Hati Semua Pihak


Pelakon tinggi lampai, Aiman Hakim Ridza enggan memberi sebarang komen mengenai hubungan cintanya dengan pelakon cantik manis, Fathia Latif kerana ingin menjaga hati banyak pihak yang terlibat dengan dirinya dan aktres tersebut.

“Ia macam inilah, saya sebagai artis dan apabila timbul cerita begini, hal ini sebenarnya melibatkan orang lain juga.  Melibatkan ibu bapa dia (Fathia), ibu bapa saya dan banyak pihak lain lagi.

“Saya tak mahu komen sebab perkara ini penting untuk saya jaga hati banyak pihak.  Saya baru berusia 24 tahun dan pihak-pihak itu pula jauh lebih dewasa daripada saya.  Jadi kalau saya bagi satu kenyataan atau komen, nanti mereka akan terasa dan beranggapan alin.  Pandangan orang berbeza-beza.  Saya tak mahu singgung mana-mana pihak,” jelasnya yang dipetik menerusi Malaysian Digest.

Aiman juga menyatakan pendiriannya yang kurang gemar bercerita mengenai kehidupan peribadinya kepada umum.

Selain itu, Aiman juga berkata sekiranya benar jodohnya ditakdirkan dengan aktres kelahiran Pulau Pinang itu, barulah dia akan bercerita lebih lanjut kepada semua kelak.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails