Tuesday, June 4, 2013

Ameer Forteen Dedah Kekasih Hati

Ameer


Ameer Forteen Dedah Kekasih Hati


Salah seorang ahli kumpulan Forteen yang turut dianggotai oleh pengantin baru, Izzue Islam iaitu Arif Ameerais Azhar, 23, mendedahkan bahawa dia kini sudah berpunya.

Pada mulanya jejaka tinggi lampai ini tidak terfikir mahu menghebohkan perkara itu tapi memandangkan kehadirannya bersama pasangan ke majlis resepsi Izzue turut menarik perhatian pihak media untuk berkongsi cerita tentang buah hatinya itu.

“Saya tak terfikir pun nak hebohkan kepada pihak media tapi dah terlanjur datang sama dan ramai dah tengok saya tiada masalah untuk berkongsi,” katanya yang dipetik melalui portal Rotikaya.

Wanita yang berada di sampingnya kini dikenali sebagai Azwin Ayub, 24, adalah anak jati Kuala Lumpur dan baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang American Studies di Segi College, Kota Damansara.

Walaupun Izzue sudah selamat bergelar suami, Ameer bagaimanapun masih belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat kerana mahu mengukuhkan kariernya dalam bidang seni terlebih dahulu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails