Thursday, June 20, 2013

Awal Dan Liyana Jadi Duta Samsung Galaxy S4

Awal Dan Liyana 1


Awal Dan Liyana Jadi Duta Samsung Galaxy S4


Sememangnya pengaruh selebriti dalam sesebuah produk atau keluaran terbaru sesebuah jenama itu adalah saling bersangkut paut antara satu sama lain.

Ini kerana dengan kuasa pengaruh selebriti tersebut secara tidak langsung dapat menarik golongan sasaran untuk membeli produk yang diiklankan.

Terbaru, pengacara popular Awal Ashaari dan pelakon wanita genit, Liyana Jasmay telah dilantik sebagai jurucakap untuk produk terbaru keluaran syarikat gergasi Korea Selatan, Samsung iaitu Samsung Galaxy S4.

Perlantikan kedua-dua selebriti itu dilihat bertepatan kerana kedua-duanya merupakan ‘techology savvy’ yang sentiasa mengikuti perkembangan terbaru dalam bidang teknologi telefon pintar.

Buat anda yang ingin bergaya dengan telefon pintar seperti yang digunakan oleh kedua artis popular, jangan lupa segera dapatkannya di pasaran.

Awal Dan Liyana 2


Awal Dan Liyana 3


Awal Dan Liyana

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails