Tuesday, June 25, 2013

Bienda Harap Ibu Bapa Selesai Masalah Cara Baik

Bienda


Bienda Harap Ibu Bapa Selesai Masalah Cara Baik


“Saya tak nak komen,” tegas penyanyi serta pelakon, Bienda atau nama sebenarnya Nur Razlinda Ahmad Fazli apabila diminta mengulas mengenai kemelut yang melanda kedua orang tuanya berkaitan hal penjagaan anak mereka, Nur Fazlinda berusia 13 tahun.

“Saya pun tidak tahu apa cerita sebenarnya kerana tak sempat duduk berbincang dengan ibu lagi. Apa pun, bagi saya, hal keluarga tidak perlu diceritakan pada orang luar dan orang luar juga tak perlu tahu tentang hal keluarga kami,” ujar Bienda ketika ditemui pada majlis pelancaran eKekCawan di Hotel Concorde Kuala Lumpur, pada Rabu.

Baru-baru ini, penyanyi dangdut, Sheeda atau Rashidah Hamid telah hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi menjalani Majlis Sulh (perbincangan) dengan bekas suaminya untuk berbincang tentang soal tuntutan hak penjagaan anak mereka.

Menurut laporan Harian Metro semalam, Sheeda memberitahu bekas suaminya telah menghalang dia daripada berjumpa dengan anak perempuan mereka sejak diambil bekas suami pada awal Mei. Pelantun lagu ‘Angkat Kaki’ ini juga mengakui terpaksa menanggung rindu apabila lebih sebulan tidak berjumpa dengan anaknya itu.

“Bienda sayangkan kedua-duanya. Sebagai anak, saya berharap sangat agar mereka dapat duduk berbincang secara baik demi anak mereka dan tidak hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Masing-masing tengah emosi sekarang dan saya harap masalah komunikasi antara mereka berdua dapat diselesaikan dengan baik.

Saya juga harap agar mereka dapat bersikap profesional dan berfikir secara rasional bagi menyelesaikan masalah ini. Sebagai anak, saya sentiasa berdoa agar mereka dapat menemui jalan penyelesaian yang terbaik demi kebaikan anak-anak dan bukannya untuk kepentingan masing-masing,” ujar Bienda mengakhiri perbualan. – Gua.Com.My

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails