Thursday, June 6, 2013

Bobo & Shae Bakal Berduet Di Anugerah Blockbuster

Bobo & Shae


Bobo & Shae Bakal Berduet Di Anugerah Blockbuster


Siapa yang tidak kenal dengan insan bernama Bobo. Ya, fenomenanya tercetus sejak video parodi laguSayang (nyanyian asal penyanyi Indonesia, Shae) dimuat naik ke laman YouTube. Bertuah Bobo, dia kini sudah pun menjadi artis dibawah naungan MIG.

Dan semalam, pada sidang media kedua, Anugerah Blockbuster-2 telah diumumkan barisan artis yang bakal membuat persembahan pada malam berprestij yang akan berlangsung pada 15 Jun ini. Antarannya Adam, Stacy, Azlan And The Typewriter, Hazama, Kristal, Dayang Nurfaizah, Jacltn Victor, Aizat, DJ Fuzz, Roman

Selain itu, pihak penganjur juga menjangkakan debaran pada malam itu pasti lebih hangat kerana penyanyi yang diterbangkan khas dari Indonesia, Shae juga turut membuat persembahan, berduet dengan Bobo. A’ah!, rasanya anda sudah bolehlah bayang-bayangkan bertapa ‘hangatnya’ persembahan Shae dan Bobo pada malam itu nanti.

Malah buat pertama kalinya, artis yang membuat persembahan bakal berpeluang meraih trofi menerusi kategori Anugerah Gempak WeChat sekaligus memenangi wang tunai RM10, 000. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan undian penonton. Para peminat boleh mengundi menerusi aplikasi telefon WeChat di bawah tajuk ‘Astro WeChat vote’ di mana undian sudah pun bermula Rabu (semalam).

Sementara itu dua pengacara hebat iaitu Datuk AC Mizal dan Scha Al Yahya diberi tanggungjawab mengendalikan acara berkenaan. Manakala pelakon Tasha Shila, Hanis Zalikha, Hafizul dan Hefny pula mengacara bagi acara karpet merah.

Bagi penyampai-penyampai pula terdiri daripada artis-artis popular tempatan, seperti Hanif (ERA), Ray (ERA), Rozita Che Wan, Wawa Zainal, Emma Maembong, Fazura, Shaheizy Sam dan ramai lagi.

Bertemakan Gaya Vintage Kontemporari tau Hipster, Anugerah Blockbuster bakal berlangsung pada 15 Jun, di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) bermula dengan Karpet Merah pada jam 8.30 dan acara kemuncaknya pada jam 9.00 malam.

Sebanyak 16 kategori yang melibatkan 49 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menggunakan 100 peratus undian daripada orang ramai.

Bagi yang ingin mengundi, proses pengundian boleh dilakukan menerusi laman web rasmi Anugerah Blockbuster iaitu di www.anugerahblockbuster.com.my dan menerusi keratan akhbar.

Berikut adalah 15 kategori yang dipertandingkan:

1. Anugerah Filem Terhebat

2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat

3. Anugerah Direktor Baru Terhebat

4. Anugerah Filem Aksi Terhebat

5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat

6. Anugerah Filem Takut Terhebat

7. Anugerah Drama Muzikal Terhebat

8. Anugerah Hero Terhebat

9. Anugerah Heroin Terhebat

10.Anugerah Watak Penyangak Terhebat

11.Anugerah Lagu Filem Terhebat

12.Anugerah Hero Baru terhebat

13.Anugerah Heroin Baru terhebat

14. Anugerah PFM

15. Anugerah Astro First Terhebat

16. Anugerah Gempak WeChat

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails