Monday, June 17, 2013

Fara Fauzana Cuba Untuk Menyanyi

Fara Fauzana


Fara Fauzana Cuba Untuk Menyanyi


Langsung tidak menyangka perlu menyanyi bersama Misha Omar dan Amy Mastura sebagai gandingannya dalam pementasan teater Nyonya & The Gang, Fara Fauzana tidak keberatan untuk menyanyi biarpun itu bukan kepakarannya.

Penyampai radio dan pengacara popular, Fara mengakui agak segan untuk menyanyi bersama kedua penyanyi yang mempunyai vokal jauh lebih baik darinya. Namun Fara menyahut cabaran tersebut sekali gus cuba memberikan yang terbaik untuk tontonan peminat.

“Memang pada mulanya saya segan dan takut kerana perlu menyanyi depan Amy dan Misha. Saya juga ada masalah ‘stage fright’ tetapi saya cuba mengatasinya sebaik mungkin. Saya tidak kisah sekiranya dikritik kerana saya memang sudah biasa menghangitkan lagu untuk rancangan Hot fm Hangit,” katanya ketika ditemui di sidang akhbar teater Nyonya & The Gang di Istana Budaya, baru-baru ini.

Bagi Fara, kritikan membina mampu menjana kerjaya seseorang artis itu ke arah yang lebih baik. Dia begitu teruja untuk beraksi di pentas Istana Budaya dan sudah lama menyimpan hasrat untuk membuat persembahan di pentas gah tersebut.

Selain itu, tenaga yang dimiliki oleh Fara turut menjadi tanda tanya kerana dia mampu menjaga kesihatan diri di sebalik kepadatan jadualnya bagi menggalas tanggungjawab sebagai anak seni. Fara begitu aktif dalam hampir setiap cabang seni sehingga hanya mampu melelapkan mata selama satu jam dalam sehari.

“Pernah sampai ke tahap yang saya boleh tertidur dalam keadaan duduk kerana terlalu penat. Saya mengamalkan pengambilan vitamin sejak di bangku sekolah lagi dan masih terus mengekalkan pengambilannya sehingga kini,” kata Fara yang bergegas untuk bermain badminton sejurus selepas di wawancara. - gua.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails