Monday, June 3, 2013

Gambar Majlis Resepsi Izzue Islam

Izzue Islam


Gambar Majlis Resepsi Izzue Islam


Semalam pelakon berwajah jambu, Izzue Islam sudah selamat bergelar suami kepada pengurusnya, Nurinafilah Waharudin dengan hanya sekali lafaz pada jam 9.45 pagi.

Sementara sebelah petangnya pula telah berlangsung majlis resepsi kedua-dua mempelai yang berkonsepkan perkahwinan dalam taman.

Pasangan merpati dua sejoli itu mengenakan dua persalinan iaitu busana berwarna putih tajaan Classic Bridal dan sedondon rona hitam rekaan Hatta Dolmat untuk acara memotong kek.

Antara rakan artis yang hadir pada majlis meraikan Izzue dan Awin itu ialah Lisa Surihani, Yusry, Norman KRU, kumpulan Forteen, Adi Putra dan isterinya, Aida.

Buat Izzue dan pasangan, selamat melayari bahtera perkahwinan dan ikatan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

Izzue Islam1



Izzue Islam2



Izzue Islam3



Izzue Islam4



Izzue Islam5



Izzue Islam6



Izzue Islam7



Izzue Islam8



Izzue Islam9

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails