Thursday, June 27, 2013

Hilang Suara, Black Berehat Sebulan

Black Mentor


Hilang Suara, Black Berehat Sebulan


NAMA Black Mentor tidak perlu diperkenalkan lagi kerana rata-rata mengenali juara program realiti, Mentor 3 ini.

Namun, baru-baru ini, Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md Hanafiah, 25, telah kehilangan suara tanpa mengetahui puncanya. Menurut Black, suaranya hilang selepas bangun tidur. Sejak itu, tekaknya mula rasa membengkak.

“Dua minggu lalu, suara saya hilang. Saya tidak tahu kenapa boleh jadi macam itu. Dua hari saya tiada suara.

“Saya pergi klinik untuk mendapatkan rawatan, doktor memberitahu, tekak saya bengkak. “Doktor sarankan saya berehat dan mengelakkan daripada menerima undangan nyanyian,” kata pelantun lagu Dewi Aleeya ini.

Katanya, sejak itu, Black mula mendapatkan nasihat daripada rakan artis lama dan berkongsi pengalaman itu.

“Saya ada berbual dengan Faizal Tahir dan Anuar Zain. Mereka menyarankan agar saya berehat dan menjaga suara.

“Jadi, untuk bulan puasa ini, saya memang akan berehat dalam masa sebulan.

Saya tidak menerima sebarang tawaran kecuali persembahan kebajikan. “Lagipun, bulan puasa lebih elok jika diisi dengan aktiviti ibadat dan kebajikan sahaja. Selepas raya, baru saya kembali aktif,” katanya yang masih meneruskan perniagaan tembikai di bulan puasa di PPR Kerinchi. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails