Friday, June 21, 2013

Isteri Ezad Exist Hamil Anak Pertama

Ezad Lazim


Isteri Ezad Exist Hamil Anak Pertama


Isteri vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim dilaporkan sudah hamil sebulan apabila ianya telah disahkan selepas membuat pemeriksaan doktor.

Ezad telah diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Nor Azeana Ramli pada 30 Mac lalu di Masjid Lunas, Kulim, Kedah.

Isterinya menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dan hantaran RM15,000, serta tujuh dulang berbalas sembilan.

Tahniah diucapkan buat Ezad dan isteri, semoga proses kelahiran anaknya kelak berjalan lancar dan semua berada dalam keadaan yang sihat dan selamat hendaknya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails