Friday, June 28, 2013

Isu Cinta Nabila Tiada Kaitan Dengan Saya

Isu Cinta Nabila Tiada Kaitan Dengan Saya


Isu Cinta Nabila Tiada Kaitan Dengan Saya


KUALA LUMPUR – Belum habis lagi cerita mengenai puteri kesayangan Amy Search yang terus diselebungi dengan pelbagai kontroversi dan cerita-cerita yang kurang enak didengar mengenainya. Status yang dibawa Nabila Huda Suhaimi atau Nabila Huda sebagai anak rocker ternama negara menyebabkan vokalis Search itu turut menjadi sasaran media dan masyarakat.

Baru-baru ini Nabila yang dikatakan hangat bercinta dengan pelakon dan juga DJ, Nas-T atau Nas Muammar Zar yang popular dengan drama bersiri KAMI, dilaporkan telah berpisah dengan kekasihnya. Perkara ini mula diperkatakan apabila melihat entri yang dibuat Nabila di laman-laman sosial seperti Instagram dan Keek miliknya.

Kemudian, timbul pula cerita yang mengaitkan Amy Search dengan keretakan hubungan Nabila dan DJ Nas-T. Kesempatan bertemu Amy Search di sebuah sidang akhbar, memberi peluang kepada portal Murai untuk mendapatkan pengesahan lebih lanjut daripada rocker pujaan Malaysia ini. Namun, dia enggan mengulas lanjut isu tersebut.

“Saya tidak pernah ikut campur atau menentukan keputusan yang dibuat Nabila. Maksudnya saya tidak terlibat secara langsung memutuskan apa yang ingin dibuat dia. Dia sudah besar, dia boleh fikir untuk diri dia sendiri.

“Untuk apa saya nak halang dia keluar atau bercinta dengan siapa. Cuma bila ada orang yang dia rapat, tidak kiralah sebagai kawan atau kekasih, dia akan beritahu pada saya. Seperti dulu bekas suami dan juga Johan, memang dia kenalkan dan bawa mereka jumpa saya.

“Dia putus cinta atau sedang bercinta dengan siapa, bukan urusan yang melibatkan saya,”tegas Amy mengenai cerita-cerita yang mengaitkan namanya dalam kisah hidup Nabila Huda.

Amy Search terdahulu ditemui pada sidang akhbar khas pemberitahuan mengenai penangguhan konsert Thunder In The East yang menampilkan Loudness, Slank, Rusty Blade dan Search di restoran Wondermama di Bangsar, malam tadi.

Konsert yang dijadualkan pada 30 Jun ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah ditunda pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak berikutan bencana jerebu yang teruk. – Murai

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails