Wednesday, June 12, 2013

Johan As’ari Bakal Bertunang

Johan As'ari


Johan As’ari Bakal Bertunang


Pelakon Johan As’ari mendedahkan dia bakal mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan hatinya pada penghujung tahun ini.

Johan sebelum ini pernah membuat pengakuan bahawa dia kini sedang dalam proses mengenali hati budi seorang gadis yang bekerja di sebuah syarikat televisyen swasta.

“Sebenarnya, perkara ini saya tak boleh cerita sangat kerana kini saya masih mengenali hati budi si dia dan saya telah berjanji dengan pihak keluarganya. Saya tak mahu namakan hubungan ini sebagai bercinta, cukuplah sekadar semua tahu yang kami sedang seronok berkawan dan bersahabat. Tapi saya meletakkan sasaran untuk bertunang hujung tahun ini.

“Buat masa ini biarlah saya kukuhkan keadaan diri saya dahulu. InsyaAllah jika sudah sampai jodoh saya, saya akan bertunang dan berkahwin,” katanya memetik laporan portal Gua.com.my.

Masih mahu merahsiakan identiti gadis tersebut, Johan menyatakan antara ciri-ciri yang membuatkan dirinya tertawan pada kekasihnya itu ialah kerana sikapnya yang suka mengingatkan Johan mengenai solat.

Sepanjang terlibat dalam industri hiburan, nama Johan sebelum ini pernah dikaitkan dengan pelakon wanita terkenal seperti Nabila Huda dan juga Izreen Azminda Aznam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails