Thursday, June 13, 2013

Kes Khalwat: Linda Hashim Percaya Beego Dianiaya

Linda Hashim - Beego


Kes Khalwat: Linda Hashim Percaya Beego Dianiaya


Pengantin baru, Linda Hashim percaya bahawa kes khalwat yang melibatkan suaminya, Beego adalah merupakan suatu kes aniaya dan percaya suaminya itu akan menang dalam perbicaraan kes tersebut.

Mengikut fakta kes, pada 23 Februari tahun lalu, Beego bersama dua rakan lelaki dan dua kenalan wanita mereka telah ditahan sekumpulan Pegawai Penguatkuasa Agama kira-kira pukul 6 pagi di sebuah rumah di Kondominium Oakleaf Park, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

“Masa dia dikhabarkan ditangkap khalwat kami belum menjalin hubungan cinta dan saya hanya dengar begitu sahaja dan tidak pula mengambil kisah dengan bertanyakan kepada sesiapa.

“Bila kami sudah berkenalan, saya hanya fikirkan yang positif dan tidak fikir benda buruk kerana saya ada dengar daripada orang produksi yang Beego sudah terkena atau teraniaya.

“Saya kecewalah mengapa benda ini boleh jadi kepada dia dalam masa yang sama turut bersimpati selepas Beego sendiri menceritakan perkara sebenar,” katanya kepada portal Murai.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah diijabkabulkan di Masjid Usamah Bin Zaid, Seksyen 2, Wangsa Maju, Jumaat lalu.

Perkahwinan ini merupakan perkahwinan yang kedua buat Beego atau nama sebenarnya Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 33, manakala yang pertama buat Linda, 29.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails