Monday, June 17, 2013

Lisa Dan Hanis Zalikha Kamceng!

Lisa Dan Hanis Zalikha Kamceng!


Lisa Dan Hanis Zalikha Kamceng!


Dua pelakon cantik, Lisa Surihani dan Hanis Zalikha mengakui mereka cepat serasi di antara satu sama lain walaupun baru pertama kali bekerjasama menerusi satu telefilem yang ditayangkan di Astro Ria baru-baru ini.

Malah Lisa, 27, menyifatkan Hanis, 23, sebagai soul sisternya yang bermaksud mereka sangat memahami di antara satu sama lain serta sangat sehati dan sejiwa dalam kebanyakan perkara.

“Macam Hanis ini pun memang boleh cepat mencipta keserasian ketika di lokasi penggambaran telefilem Mama Mia hingga sekarang. Kalau orang lain panggil dia dengan nama Keknis, Lisa panggil dia dengan nama Meng,” katanya melalui Berita Minggu.

Selain Hanis, Lisa juga rapat dengan rakan artis yang lain seperti Liyana Jasmay, Farish Aziz, Nora Danish, Thumb Shuhaimi dan Intan Ladyana.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails