Saturday, June 15, 2013

Mencarut di Instagram, Shila Amzah dikritik peminat



Penyanyi berbakat besar yang menempah nama di Tanah Besar China ini sekali lagi mencetuskan kontroversi di akaun Instagramnya.

Shila Amzah, sebelum ini kecoh dengan foto baju senamannya yang ketatnya kali ini dikritik peminat-peminatnya apabila memuat naik ungkapan yang agak kasar di akaunnya.

Mungkin kerana terlalu kecewa dengan fitnah yang dilemparkan ke atasnya serta masalah-masalah peribadinya yang lain, beliau telah memuat naik satu petikan yang dipercayai dikutip dari ruangan maya ini berbunyi:


“IF SOMEONE HATES YOU FOR NO REASON, GIVE THAT MOTHERFUCKER A REASON”


Dek kerana petikan tersebut, beberapa peminat berasa kurang selesa walaupun masih ada yang menyokongnya. Antara teguran yang diterima mengatakan ianya kurang sesuai perkataan yang dipilih berikutan penampilan serta imej seorang gadis Islam.





Mungkin Shila Amzah perlu lakukan sesuatu yang lain sebelum meluahkan sesuatu, tak perlulah mencarut-carut kerana banyak lagi kaedah lain yang lebih sesuai dan berpadanan dengan imejnya sekarang.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails