Saturday, June 1, 2013

Mutu Mahu Ambil Bayi Di China Sebagai Anak Angkat

andrian Mutu mahu ambil bayi di China sebagai anak angkat


Mutu Mahu Ambil Bayi Di China Sebagai Anak Angkat


Romania – Bekas pemain Chelsea, Andrian Mutu berhasrat untuk menjadikan bayi yang dibuang melalui saluran paip kumbahan di China, sebagai anak angkat.

Bapa kepada tiga anak itu memberitahu, rancangan tersebut telah dibincangkan dengan isterinya, Consuelo dan beliau akan membuat permohonan berkenaan sekiranya undang-undang di China memberi kebenaran.

“Apabila melihat laporan mengenai bayi berkenaan dalam televisyen, saya dapat rasakan dia adalah bayi yang istimewa.

“Saya kemudian memberitahu isteri bahawa kami perlu membantunya dan saya akan melakukan apa sahaja bagi menolong bayi itu.

“Sebelum ini saya tidak pernah bercadang mengambil anak angkat namun kini saya tahu, saya perlu membantunya,’’ katanya.

Mutu menyertai Chelsea pada 2003 dengan bayaran  lumayan RM87.4 juta namun dipecat pada 2004 selepas ujian menunjukkan dia positif mengambil kokain.

Selain itu, Mutu juga telah digantung daripada menyertai perlawanan bola sepak seluruh dunia selama tujuh bulan.

Bayi berkenaan menjadi tumpuan dunia selepas dia masih hidup walaupun dibuang ke dalam saluran paip kumbahan.

Ibunya yang berusia 22 tahun, berjaya dikesan oleh polis manakala bapa bayi berkenaan, yang telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa, meminta supaya ujian dijalankan untuk mengesahkan bahawa dia adalah bapa kepada bayi berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails