Thursday, June 13, 2013

Nabila Huda – NasT Nafi Putus Cinta

Nabila Huda


Nabila Huda – NasT Nafi Putus Cinta


Pelakon dan DJ Nas-T menafikan hubungan cintanya dengan pelakon seksi, Nabila Huda sudah kecundang selepas ramai pihak mula membuat spekulasi mengenai perkara tersebut sejak dari semalam.

Hal ini berikutan tindakan Nabila yang memuat naik gambar di laman Instagramnya di mana aktres itu meluahkan perasaannya yang lebih selesa berkawan daripada menjalinkan hubungan cinta dengan Nas-T.

abil

Namun menerusi portal Ohbulan, Nabila menyatakan, “kami masih lagi macam biasa. Ini adalah kisah peribadi kami dan kalau boleh buat masa ini saya tak nak kongsi apa-apa dengan umum. Apa yang awak nampak dalam Instagram, itulah dia dan kami memang tak ada apa-apa masalah”.

Sementara itu, Nas-T yang kini sedang sibuk dengan penggambaran telefilem Anak Imam Argentina menafikan hubungannya dengan anak Amy Search itu sudah putus.

Dia membuat pendedahan itu menerusi Berita Harian dengan mengatakan, “mungkin dia mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana kami jarang berjumpa, berbanding sebelum ini”.

Nas-T yang popular dengan drama bersiri Kami ini juga menganggap mesej yang ditulis Nabila itu sebagai suatu perkara yang comel.

Diharapkan dengan penjelasan kedua-dua pihak ini dapat menjernihkan segala kekeliruan yang timbul berhubung perkara tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails