Saturday, June 15, 2013

Nelydia Nafi Dirinya Berbikini Di Pulau

Nelydia Nafi Dirinya Berbikini Di Pulau


Nelydia Nafi Dirinya Berbikini Di Pulau


Nama Nelydia Senrose sebelum ini jarang-jarang menimbulkan kontroversi namun baru-baru ini namanya turut terpalit kisah hangat apabila dirinya dikatakan hanya berbikini ketika bercuti di sebuah pulau bersama keluarganya sempena cuti sekolah lalu.

Perkara ini terjadi ekoran penyebaran gambar yang dikongsi Nelydia di Instagram, di mana memaparkan aksi seorang wanita yang hanya berbikini yang didakwa sebagai adalah aktes comel terbabit.

Menjawab persoalan itu, Nelydia berkata, “sejujurnya, lillahi ta’ala, itu bukan saya. Saya bukan macam tu Saya pun tahu had saya.

Sebenarnya subjek utama gambar tu adalah pemandangan (laut) di depannya. Tapi semasa saya nak ambil gambar, kebetulan ada seorang wanita mat salih berbikini di depan saya, jadi takkanlah saya nak suruh dia berganjak ke tepi.

“Tak sangka pula orang nak jadikan isu. Masa saya ambil gambar tu, saya tak fokus langsung pun pada badan wanita tu. Saya rasa orang sekarang ni pun dah pandai menilai. Takkan lah saya nak buat kontroversi murah macam tu. Niat saya, saya nak kongsi kecantikan pemandangan yang saya nampak masa tu, dengan peminat. Tak tahu pula ramai yang ‘terima’ lain dan anggap lain”, jelasnya kepada Malaysian Digest.

Jadi selebriti macam tu lah Nelydia, segala apa yang dilakukan menjadi perhatian masyarakat dan diharapkan selepas ini sebelum nak memuat naik sebarang gambar, Nelydia perlu berfikir terlebih dulu.

Nanti tak pasal-pasal timbul kontroversi yang tak diundang seperti ini.

2

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails