Monday, June 17, 2013

OAG Buat Persembahan Di Croatia

OAG Buat Persembahan Di Croatia


OAG Buat Persembahan Di Croatia


Kumpulan Old Automatic Garbage atau OAG yang telah ditubuhkan sejak 20 tahun lalu, bakal mengembangkan sayap mereka sehingga ke Croatia pada penghujung bulan ini.

Menurut vokalisnya, Radhi Razali, OAG akan menyertai World Art Games yang bakal berlangsung pada 29 Jun hingga 10 Julai depan.

OAG akan mengadunkan elemen muzik alternatif yang sebati dengan band tersebut bersama tambahan muzik keroncong.

“Cetusan idea itu bertitik tolak daripada amanat arwah bapa sebelum meninggal dunia, tahun lalu. Arwah pernah berpesan supaya saya merakamkan lagu keroncong, tetapi saya tidak pernah serius memikirkan usul itu.

“Hanya selepas arwah meninggal, saya dapat merasakan pesanan itu seperti amanat yang harus disempurnakan.

“Alhamdulillah kerana percubaan ini mendapat kerjasama pemuzik dari Akademi Seni Budaya & Warisan (ASWARA). Ia menjadi peluang terbaik untuk saya bereksperimen dan memperlihatkan kejituan muzik tradisi,” katanya yang dipetik menerusi Berita Minggu, hari ini.

OAG yang popular dengan lagu Slumber, 60′s TV, Generasiku dan Akustatik pernah mencipta fenomena yang tersendiri dalam industri muzik tempatan apabila mereka telah diberi peluang untuk menyanyikan lagu tema Fifa Youth World Cup 1997 iaitu What The Name Of The Game.

Apapun, all the best buat OAG dan teruskan usaha murni untuk membawa muzik Malaysia ke mata dunia.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails