Thursday, June 13, 2013

Playboy Mahu Dapatkan Kim Kardashian

Kim Kardashian


Playboy Mahu Dapatkan Kim Kardashian


Los Angeles – Majalah Playboy dilaporkan berminat untuk mendapatkan bintang realiti Kim Kardashian sebagai penghias muka depan majalah lucah berkenaan selepas dia melahirkan anak.

Menurut portal HollywoodLife.com, majalah tersebut yakin jualannya akan menjadi laris sekiranya Kim menerima tawaran itu.

“Kim dianggap sebagai ideal untuk majalah tersebut dan ia akan meneruskan cadangan berkenaan jika mendapat persetujuan Kim.

“Playboy juga menyifatkan satu penghargaan jika Kim mahu menghiasi majalan itu, namun mereka tidak akan memaksa atau merayu kepada Kim.

“Setakat ini tiada jumlah wang yang ditawarkan namun jika Lindsay Lohan memperolehi bayaran sebanyak $1 juta, maka Kim pasti akan mendapat lebih daripada itu,’’ kata portal tersebut.

Kim bagaimanapun masih belum memberikan sebarang kata putus berhubung tawaran itu.

Dia pernah bergambar untuk Playboy pada 2007 selepas ibunya, Kris Jenner menggalakkan Kim berbuat demikian.

Namun Kim sebelum ini pernah memberitahu sebuah portal hiburan bahawa dia mahu mengekalkan privasi dalam hubungannya dengan Kanye West serta anak yang dikandungnya itu.

“Saya sudah berubah dalam aspek hubungan ini,’’ katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails