Saturday, June 15, 2013

Robert Downey Hiburkan Hati Kanak-kanak

Robert Downey Hiburkan Hati Kanak-kanak


Robert Downey Hiburkan Hati Kanak-kanak


Sunderland – “Mana Iron Man?’’. Pertanyaan  daripada seorang budak berusia 18 bulan berkenaan menyebabkan Robert Downey Jr  terkedu.

Selepas mendapati bahawa pelakon itu bukan Iron Man sebenar seperti yang dibayangkannya, Jaxson Denno menangis teresak-esak selepas mengetahui bahawa hero pujaannya itu hanyalah satu khayalan.

Menurut ibunya, Heather Denno, ketika itu bintang filem berkenaan sedang berjalan-jalan di kawasan berkenaan iaitu lokasi di mana dia menjalani penggambaran filem barunya, The Judge.

Robert kemudiannya telah bertembung dengan penduduk di situ.

“Jaxson menjadi keliru apabila saya memberitahunya bahawa Robert adalah Iron Man namun dia menangis apabila mendapati Iron Man itu tidak seperti yang dibayangkannya iaitu memakai sut besi itu.

“Robert kemudiannya cuba membuat Jaxson ketawa dan dia berjaya menghiburkan keadaan ketika itu.

“Namun orang-orang di sekelilingnya asyik memberitahu bahawa dia sudah terlambat untuk sesi penggambaran,’’ kata Heather.

Bagaimanapun Robert sempat meluangkan masa selama 10 minit dengan Jaxson dan bergambar dengannya.

Dalam pada itu, Robert dilaporkan bakal menandatangani perjanjian bernilai $100 juta untuk berlakon sekual kedua filem The Avengers.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails