Tuesday, June 18, 2013

Shae Terima Kekasih Orang Malaysia


Shae


Shae Terima Kekasih Orang Malaysia


Kerap berkunjung ke Malaysia membuatkan hati penyanyi kelahiran Indonesia, Shae mula terpaut dengan suasana negara ini.

Sudah enam kali berkunjung ke sini malahan penyanyi yang cukup popular dengan lagu Sayang ini berkata setiap kali diberitahu ada jadual kerja di Malaysia dia pasti menerima dengan hati yang teruja. Menyedari dia punya ramai peminat di sini, gadis berusia 19 tahun ini bersyukur kerana diterima ramai lantas berpeluang meluaskan lagi kerjaya seninya.

“Saya sayang Malaysia bukan hanya kerana saya saya punya ramai peminat di sini, saya senang diterima di sini, ramai orang di sini baik dengan saya. Tapi saya juga suka suasana di sini. Saya suka juga makanan di sini. Kalau datang di sini, setiap pagi menu wajib saya tiada lain selain roti canai dan secawan kopi”, katanya gadis kacukan Australia-Riau ini sambil tersenyum.

Pemilik nama sebenar Sheryl Gething ini ditemui pada pelancaran album sulungnya The First bertempat di pusat Membeli belah, Alamanda, Putrajaya, semalam.

Sebelum ini timbul desas desus kononnya dia ada hubungan istimewa dengan DJ radio Era.fm, Shac ekoran mereka di kata sering berhubung bahkan Shac dikatakan pernah bercuti Jakarta untuk berjumpa dengan pemuda itu. Namun Shae menjelaskan Shaic hanya salah seorang daripada teman rapat yang dia ada di sini.

Kalau sudah ada ramai teman di sini, mana tahu satu hari nanti dia terjatuh cinta pula pada mana-mana pemuda Malaysia, begitu pun jawab Shae dia tidak mahu menjangkakan apa tentang masa depan. Namun yang pasti dia kini mahu memperkukuhkan kerjayannya. Tentang soal andai terpaut hati dengan pemuda Malaysia, jawabnya,

“Sebenarnya ada juga yang sudah mula cuba-cuba mendekati saya tapi… Ya, Malaysia bagi saya bukan sekadar tempat saya datang bekerja bahkan tempat saya berhibur. Saya ada beberapa teman di sini. Iya, kalau pun ada (kekasih), ada lah. Kalau tiada, tak apa”, tuturnya yang kini sibuk mempromosikan single, Cintaku Tlah Mati Untukmu.

Tidak meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap single keduanya itu seperti mana Sayang, sebaliknya Shae menyerahkan pada peminat-peminat.

“Kalau single ini popular macam Sayang, amin… Kalau tidak, tak mengapa. Kerana saya masuk dalam industri ini bukan kerana mahu mengejar populariti tapi sebab saya suka nyanyi dan kemudian diberi peluang jadi artis rakaman. Kalau Sayang sudah berjaya menghiburkan ramai orang, Cintaku Tlah Mati Untukmu mungkin boleh jadi peneman buat ramai orang juga”, katanya yang menyimpan hasrat mahu berkolaborasi dengan penyanyi, Hafiz Suip.

Mengandungi 8 lagu pelbagai rentak seperti Pop Rock, Balada dan dance, The First diedarkan oleh Warner muzik Malaysia.

Tak Marah Bobo

Dalam pada itu, Shae berkata dia tidak marah dengan tindakan Bobo yang membuat parodi terhadap lagu Sayang. Malah gadis tinggi lampai ini menyifatkan Bobo sebagai seorang yang sangat lucu dan unik.

“Pertama kali saya tonton klip video parodi itu, saya ketawa besar. Bobo sangat lucu! Tak sangkat video itu jadi popular. Biarpun ada yang memberi kritikan negatif terhadap Bobo tapi bagi saya dia sangat menghiburkan. Saya tak marah pun pada dia dan tak rasa dia rosakkan lagu saya.

“Kelmarin kami berpeluang bertemu dengannya dan sama-sama membuat persembahan di Anugerah Blockbuster 2. Mulanya dia malu-malu dengan saya tapi lama-lama dia okay. Saya gembira dapat bergabung membuat persembahan bersamannya.

Sementara itu, di minta mengulas mengenai tindakan Bobo yang seolah- olah seperti sengaja mengangkat skirtnya ketika persembahan tersebut, Shae berkata,

“Iya ka? Saya tak sedar pula dia buat macam tu. Mungkin itu hanya spontan. Saya okay saja. Lagipun memang skirt saya itu rekaannya begitu. Tiada apa-apa”, ujarnya.

Perkembangan lain, Shae juga ada menerima tawaran lakonan di sini malah dia baru selesai beberapa penggambaran telemovie. Namun dia merahsiakan judul-judul telemovie tersebut kerana dia sendiri mahu memberitahu kepada peminat-peminatnya menerusi laman Twitter, apabila masa tayangannya sudah hampir nanti.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails