Friday, June 14, 2013

Shaheizy Sam Nafi Bercinta Dengan Fazura

Shaheizy Sam


Shaheizy Sam Nafi Bercinta Dengan Fazura


Semalam, Mynewshub ada menulis mengenai kisah Bintang Paling Popular 2012, Shaheizy Sam yang dikatakan bercinta dengan pelakon cantik, Fazura Sharifudin apabila sudah ramai peminat yang mendakwa terserempak dengan pasangan ini berpegangan tangan ketika berada di tempat awam.

Sam bagaimanapun melalui akhbar Harian Metro hari ini menafikan dakwaan tersebut malah menyatakan tangan wanita yang dipegang ketika berjalan di pusat membeli-belah itu adalah ibunya sendiri iaitu pelakon veteran, Khaty Fauziah.

“Kalau saya katakan tangan wanita yang dipegang itu ibu saya, adakah anda percaya? Tetapi, itu ialah jawapannya. Wanita itu ialah ibu saya,” jelasnya.

Sam juga mengakui dirinya dan Fazura memang berkawan rapat tetapi tiada sebarang hubungan istimewa yang terjalin di antara kedua-duanya.

“Ia bukan kali pertama soalan ini diajukan, tetapi sudah banyak kali. Saya akui memang saya dan Fazura teman rapat tetapi kami tiada apa apa ikatan.

“Cukuplah saya katakan kami kawan dan akan terus berkawan. Kalau ada dakwaan mengatakan saya dan Fazura sering keluar bersama, saya akui ya kami selalu keluar tetapi secara faktanya hubungan itu hanya sebagai rakan artis,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails