Saturday, June 1, 2013

Shajiry Dan Yusnita Sah Suami Isteri

Shajiry Dan Yusnita Sah Suami Isteri



Shajiry Dan Yusnita Sah Suami Isteri


Penyanyi 90-an yang pernah popular menerusi lagu Hadirlah Kasih, Shajiry, sah bergelar suami kepada Yusnita Yusof dengan hanya sekali lafaz, tepat jam 11 pagi, sebentar tadi.

Majlis ijabkabul telah diadakan di Masjid Saidina Omar Al-Khattab, Bukit Damansara.

Shajiry atau nama sebenarnya Mohamad Shajiri Damery telah dinikahkan oleh bapa saudara pengantin perempuan iaitu Sahak Mohd Amin. Turut disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Omar Al-Khattab merangkap penolong pendaftar nikah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohamad Shukri Yaaccob.

Yusnita menerima mas kahwin sebanyak RM1000 tunai dan wang hantaran sebanyak RM15,000 tunai.

Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang. Shajiry menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya. Kemudian si isteri pula menyarungkan cincin kepada pelakon filem Bro, Mana Motor Gua, ini.

Penyanyi yang pernah menganggotai kumpulan pop, KGB, ini memberi sembilan dulang hantaran kepada pengantin perempuan antaranya, sebentuk cincin, sireh junjung, kek dan sepasang kasut.

Sebagai balasan, Yusnita memberi 11 dulang hantaran kepada pengantin lelaki yang berupa senaskah Al-Quran, sireh Junjung, set pewangi jenama Chanel, seutas jam tangan Armani Excharge, sebentuk cincin, set persalinan lelaki, buah-buahan, sepasang kasut jenama Pedro, set penjagaan diri Crabtree & Evelyn, sebuah kamera Samsung Galaxy, sling bag dan dompet berjenama Gucci.

Pasangan mempelai mengenakan busana sedondon berona putih. Shajiri segak berbaju Melayu dan Yusnita anggun mengenakan baju kurung moden-tradisional.

Majlis yang diadakan serba ringkas tapi penuh meriah ini dihadiri seramai kira-kira 100 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai, teman-teman rapat, rakan artis seperti Dior, Toi (Hyper Act) dan wakil media.

Shajiry dan Yusnita mula berkenalan sejak tiga tahun lalu bermula hanya sebagai rakan kongsi perniagaan. Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 9 Mac lalu.

Majlis resepsi pasangan suami isteri ini akan diadakan pada 8 Jun depan di kampung halaman Shajiry, di Ipoh, Perak.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails