
Syura bergelar juara selepas 10 minggu mengharungi pelbagai cabaran serta berdepan dengan saingan dari 18 selebriti lain dalam MasterChef Selebriti musim kedua. Kemenangan itu melayakkannya menerima wang tunai bernilai RM 60,500 yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang diwakilinya iaitu Breast Cancer Welfare Association of Federal Territory.

Jutaan tahniah diucapkan kepada Syura atas kemenangan ini. Semoga dengan kemenangan ini, akan membantu Syura menambah lebih banyak peluang mencari rezeki di masa hadapan. Tahniah sekali lagi!!!
0 comments:
Post a Comment