Friday, June 21, 2013

Umie Aida Penat Bermain Emosi

Umie Aida


Umie Aida Penat Bermain Emosi


Pelakon berkaliber, Datin Paduka Umie Aida menyatakan dia kadang kala berasa penat apabila sering diberi watak yang menuntutnya untuk bermain dengan emosi yang berat.

Namun, dia tidak berasakan perkara itu sebagai satu bebanan kerana sedar akan tanggungjawab yang perlu digalasnya sebagai pelakon.

“Saya suka berlakon jika ia melibatkan atau memerlukan saya memainkan emosi. Bukan bermaksud saya tidak suka watak komedi atau sebagainya, tapi sesekali saya memang suka watak emosi. Bagi saya, ia sesuatu yang menyeronokkan namun tidak dinafikan, membawa watak emosi ini sesuatu yang memenatkan. Jadi saya rasa cukuplah agaknya buat masa ini dengan watak-watak sebegitu,”katanya kepada portal Gua.

Nyata kebolehan Umie tidak boleh dipertikaikan apabila drama lakonannya dalam cerekerama berjudul Salina masih lagi menjadi bualan ramai dengan keberkesanannya melakonkan watak isteri yang teraniaya dek perbuatan suami sendiri yang sanggup menjual isterinya demi melunaskan hutang rakannya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails