Thursday, June 20, 2013

Yana Samsudin Belum Sedia Kembali Menyanyi

Yana Samsudin


Yana Samsudin Belum Sedia Kembali Menyanyi


Lagu Begitulah Caranya nyanyian pelakon Yana Samsudin bersama Shaheizy Sam menerusi filem Aku Ada, Kau Ada memenangi trofi Lagu Tema Terhebat menerusi Anugerah Blokbuster yang diadakan baru-baru ini.

Sehubungan dengan kemenangan itu, Yana telah diajukan soalan sama ada dia mahu meneruskan karier nyanyian ke peringkat yang lebih konsisten selepas ini.

“Umum mengetahui yang ketika di awal kemunculan saya dalam dunia hiburan, saya merupakan seorang penyanyi. Tetapi pada waktu itu, nasib tak menyebelahi saya dalam bidang nyanyian. Sekarang saya bersyukur kerana karier lakonan saya berkembang baik. Untuk kembali semula menyanyi dan menghasilkan album, harapan itu masih ada, tapi bukan sekarang,” katanya yang dipetik melalui portal Gua.

Buat masa kini, anak kelahiran Johor Bahru ini mahu menumpukan perhatian dan fokusnya kepada bidang lakonan yang menjadi sumber rezekinya selama berkecimpung dalam bidang seni.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails