Wednesday, June 12, 2013

Yusof Haslam Dilantik Presiden Penerbit Filem

Yusof Haslam


Yusof Haslam Dilantik Presiden Penerbit Filem


KUALA LUMPUR – Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam dilantik sebagai Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) yang baharu manakala Datin Paduka Shuhaimi Baba dipilih sebagai timbalannya.

PFM melalui satu kenyataan media memberitahu perkara itu diputuskan pada Pemilihan Ahli Jawatankuasa PFM 2013-2015 bersempena Mesyuarat Agung Tahunan PFM yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini.

“Senarai Ahli Jawatankuasa Persatuan Penerbit Filem Malaysia 2013-2015 adalah seperti berikut: Presiden (Datuk Yusof Haslam), Timbalan Presiden (Datin Paduka Shuhaimi Baba), Naib Presiden (Norman Abdul Halim), Setiausaha Kehormat (Zahrin Aris) dan Penolong Setiausaha Kehormat (Gayatri Su-Lin Pillai).

“Panchacharam P. Nalliah dilantik sebagai Bendahari Kehormat manakala Nancie Foo, Tengku Iesta Tengku Alaudin, Burhanuddin Md Radzi dan Datuk Freddie Fernandez membarisi senarai Ahli Jawatankuasa dan Ruhani Ab. Rahman selaku juruaudit,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, semua Ahli Jawatankuasa PFM (2013-2015) mengucapkan terima kasih kerana memilih mereka untuk menerajui persatuan tersebut dan memberi jaminan akan berusaha memantapkan organisasi PFM lebih mantap dan terus maju.

Hasrat itu sejajar dengan visi dan misi untuk membangunkan dan meneraju industri perfileman Malaysia ke pasaran tanahair dan juga ke peringkat antarabangsa.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails