Friday, July 5, 2013

Aeril Zafrel Nafi Bercinta Dengan Ummi Nazeera

Celah mana dan sejak bila Aeril Zafrel berbaik-baik dengan Ummi Nazeera, itu kami tak tahu. Ajaib dan misteri sungguh. Tup-tup hari ini keluar di Harian Metro yang Aeril Zafrel menafikan mereka bercinta, sebaliknya hubungan mereka hanya sekadar kawan.

ummi nazeera

Mungkin mereka berdua berbaik-baik selepas penghijrahan itu kerana Aeril juga sedang mendalami ilmu agama sekarang ini. Kata Aeril:-
Kami selalu berhubung sebelum ini. Sejujurnya memang saya meminati dia, tetapi lakonannya saja. Belum ada apa-apa yang serius lagi. Saya amat menghormati dia dan keluarganya. Jadi ini saja jawapan yang boleh diberikan buat masa ini. Ada sebab peribadi menghalang saya memikirkan secara serius soal bercinta sekarang. Akan datang tidak tahulah

Kami rasa ramai jejaka-jejaka di luar sana yang menarik nafas lega kerana hubungan mereka berdua sekadar kawan. Daripada apa yang kami dengar, ramai yang menjadikan Ummi sebagai wanita idaman mereka kerana wajah Melayunya yang asli. Apa pun sama-samalah kita nantikan perkembangan terkini Ummi Nazeera daripada mulutnya sendiri.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails