Tuesday, July 16, 2013

Bukan Niat Saya Hendak Menunjuk – Nora Danish

nora danish bertudung - suarapeople

Akhirnya tuan punya badan bersuara jua. Pasti Nora Danish sendiri tidak tahan dengan kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadapnya. Ini semua gara-gara Nora berkongsi gambar dirinya mengerjakan solat terawih menerusi Instagramnya sehingga dikatakan ingin menunjuk-nunjuk.

Seperti yang suarapeople jangkakan, memang Nora Danish tiada niat ingin menunjuk-nunjuk. Kata Nora kepada Sinar Harian:-
Saya tidak faham mengapa mereka gemar memberikan respons sebegitu. Walhal saya sekadar berkongsi gambar menunaikan solat Tarawih sahaja. Bukan niat saya hendak menunjuk, tetapi memang saya suka kongsi macam-macam gambar dengan peminat.

Rata-rata peminat saya menyokong apa yang saya buat, jadi belum sempat saya membalas, mereka telah dahulu serang ‘dia’. Jadi saya lebih senang diamkan diri dan biarkan sahaja, lagipun saya ada peminat dan pengikut yang sayangkan saya

nora danish tarawih

Sukar sebenarnya menjadi selebriti di Malaysia ini. Kongsi gambar pergi sembahyang kena kritik tak ikhlas. Kongsi gambar keluar malam kena kritik terlalu sosial. Memang boleh pening kepala dibuatnya. Nasib baik la Nora nie jenis tak kisah sangat. Yang lagi seronok apabila Nora memberitahu hubungannnya dengan Fasha memang sudah baik.
Hubungan kami sudah okey dan berjalan dengan baik, tetapi masih ada yang seperti cuba melaga-lagakan kami berdua. Ada sahaja cerita-cerita kurang enak tentang kami kedengaran, saya tidak mahu kerana mereka, kami nampak seperti bergaduh pula. Sedangkan kami sudah berkawan seperti biasa.

Semoga di bulan baik ini, hubungan Fasha dan Nora akan bertambah rapat dan mesra lagi. Nanti hari Raya jangan lupa kongsi gambar anda berdua. Pasti seronok melihat mereka berdua bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di pagi Hari Raya. Tak gitu?

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails