Sunday, July 14, 2013

Dirah Sayang Ayah….AL-FATIHAH

Dirah Sayang Ayah....AL-FATIHAH


Dirah Sayang Ayah….AL-FATIHAH


Takziah diucapkan kepada pengacara dan pelakon, Dira Abu Zahar sekeluarga yang kehilangan ayahanda tercinta, Dato’ Seri Abu Zahar Ithnin yang telah meninggal dunia.

Allahyarham yang berusia 74 tahun meninggal dunia akibat sakit kencing manis dan buah pinggang di Merlimau Pasir, Melaka kira-kira jam 5.30 petang.

Menerusi akaun Instagramnya, Dira telah berkongsi status bagi memaklumkan berita sedih ini;

“Tutup rapat dengan tenang. Perginya tanpa resah. Alhamdulillah atas setiap peluang.

” Irah sayang ayah selamanya. Al-Fatihah. Dato’ Seri Hj Abu Zahar Hj Ithnin. 14/9/1939-12/7/2013.”

Allahyarham menjadi wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai pada 1986 selama dua penggal, diikuti DUN Merlimau (1995-1999) dan Parlimen Jasin (1999-2004).

Beliau menjadi Ketua Menteri Melaka kelapan menggantikan Datuk Seri Mohd Zin Abd Ghani yang meninggal dunia akibat angin ahmar pada 1997.

Jenazahnya dikebumikan di makam pahlawan di Masjid Al-Azim, Bukit Palah

Sementara itu dalam Sinar Harian, Dira berkata,  bapanya sering mengingatkan anak-anak supaya sentiasa jujur dengan diri sendiri dan kerjaya, amanah serta jujur dengan orang sekeliling.

“Pesan arwah yang saya pegang, buat kerja dengan ikhlas,” katanya.

“Macam mana perjalanan ayah dalam dunia politik, dia datang dan pergi dengan cara baik, saya pun nak yang sama.

“Saya datang dalam bidang seni dengan cara baik dengan berkat doa ayah, dan saya pun nak habis dalam bidang seni dengan cara baik,” kata bekas pengacara Melodi itu.

image (1)

Dira berkata, dia bersyukur kerana niatnya untuk terus berada di sisi arwah sejak mula dimasukkan ke hospital sehingga menghembuskan nafas akhir di rumah, termakbul.

Menurutnya, Allahyarham bapanya lebih sebulan menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Ampang sebelum dipindahkan ke Hospital Melaka sejak Isnin lalu akibat komplikasi buah pinggang.

“Satu perkara yang saya niat dan hajat kepada ALLAH sebelum ini, sampai hari akhir dan saat akhir, ingin berada di sisi ayah. Alhamdulillah, lebih sebulan di hospital saya jaga dia, saya tunggu dia termasuk adik beradik lain.

“Mungkin memang dia nak balik rumah. Dari KL lagi dia nak balik rumah tapi waktu tu arwah masih menjalani rawatan. Di rumah, hanya berapa minit sahaja arwah membuka mata sebelum nazak dan pergi dengan tenang,” katanya dengan nada sebak kepada media, semalam.

Dira yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik juga mengakui dia begitu rapat dan manja dengan arwah biarpun sudah berumah tangga dan kerana itu, dia tidak pernah meninggalkan nama bapanya ketika terbabit dalam bidang seni.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails