Friday, July 5, 2013

Fahrin Ganti Aaron Hos Fear Factor Selebriti?

Fahrin


Fahrin Ganti Aaron Hos Fear Factor Selebriti?


 

Terdapat ura-ura yang mengatakan pelakon berbadan sasa, Fahrin Ahmad bakal menggantikan hos rancangan Fear Factor Selebriti, Aaron Aziz untuk musim kedua program terbabit yang bakal memulakan proses penggambarannya pada Oktober nanti.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Fahrin telah dihubungi oleh pihak Astro untuk berbincang mengenai perkara tersebut.

Aktor itu khabarnya sedia menerima tawaran tersebut sekiranya ditawarkan menjadi hos, tetapi tidak akan menyertai rancangan tersebut jika dirinya hanya ditawarkan sebagai peserta program lasak tersebut.

Kalau dilihat daripada faktor fizikal, ketangkasan dan kecergasan, memang Fahrin adalah calon yang sesuai untuk menggantikan Aaron kerana dia sendiri seorang yang aktif dalam kehidupan sehariannya.

Apa-apa pun kita tunggu sahaja kenyataan rasmi daripada pihak Astro berkenaan perkara ini kelak.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails