Thursday, July 25, 2013

Farhan Buka Kedai Jual Biskut Raya

Farhan


Farhan Buka Kedai Jual Biskut Raya


Penyanyi yang pernah popular dengan rancangan realiti Akademi Fantasia musim keempat, Farhan Azizan, 30, kini sudah membuka sebuah kedai menjual pelbagai jenis biskut dan kuih raya yang terletak di Pandan Indah.

Minatnya dalam bidang pembuatan kuih dan biskut banyak dipengaruhi daripada ibu dan neneknya yang mendedahkannya dengan perkara itu sejak dirinya kecil lagi.

“Sebenarnya, saya sudah mula belajar memasak terutama kuih raya daripada ibu sejak di bangku sekolah lagi. Bermula dengan tempahan kuih raya daripada jiran-jiran, kini kuih raya buatan tangan saya dengan jenama Farhan’s Cookies sudah dipasarkan di beberapa pasar hiper di negara ini,” katanya kepada Harian Metro.

Antara jenis biskut yang boleh didapati di Farhan’s Cookies ialah tart nenas, semperit, suji, momo, dahlia, oreo, almond, mazola, kek kukus dan juga kek lapis yang mendapat sambutan yang hangat daripada pelanggannya.

Selain itu, Farhan turut menjual produknya itu di Bazar Ramadan KL Sentral dan jika mempunyai kelapangan dia sendiri akan turun melayani pelanggannya di sana.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails