Tuesday, July 9, 2013

Fasha Pasang CCTV, Pantau Keadaan Anak

Fasha Sandha


Fasha Pasang CCTV, Pantau Keadaan Anak


Pelakon terkenal, Fasha Sandha mengakui memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya dalam usaha untuk memantau keadaan anaknya, Putra Rayfal Ramli di rumah sekiranya dirinya terlibat dengan penggambaran drama dan kerja-kerja luar.

“Saya akan memantau keadaan anak melalui telefon bimbit. Tidak senang jika tak melihat sendiri keadaan anak di rumah. Setiap setengah jam saya akan memeriksa keadaan anak,” ujar Fasha yang dipetik daripada Astro Awani.

Tindakan yang diambil oleh aktres ini wajar dipuji kerana ini boleh dijadikan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan peningkatan kes penderaan yang melibatkan pembantu rumah dengan anak majikan mereka yang sering didengari kebelakangan ini.

Anak sulung Fasha dan suaminya, Rizal Ashram Ramli itu dilahirkan pada 15 April lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails