Wednesday, July 17, 2013

Giliran Mizz Nina Ikut Noh Beraya Di Sarawak

Mizz Nina


Giliran Mizz Nina Ikut Noh Beraya Di Sarawak


Lebaran Aidilfitri kali ini, pasangan suami isteri yang bergelar penyanyi, Noh Hujan dan Mizz Nina akan beraya di kampung halaman Noh di Miri, Sarawak terlebih dahulu sebelum beraya bersama keluarga isterinya di Kuala Lumpur.

Raya tahun ini merupakan kali ketiga mereka beraya sebagai suami isteri selepas diijabkabulkan pada 1 Julai 2011.

“Tahun lepas Nina tidak sempat berhari raya di Sarawak terkena penyakit demam campak. Jadi, Nina merasa amat teruja kerana tahun ini Nina akhirnya dapat ikut Noh balik ke rumah keluarga di Miri, Sarawak tiga hari sebelum raya. Di sana nanti, kami akan adakan rumah terbuka,” katanya memetik laporan majalah online Enf.

Bercakap mengenai persiapan raya tahun ini yang dijangka jatuh pada 8 atau 9 Ogos ini, Nina sudah memperuntukkan sebanyak empat pasang baju raya untuk dirinya manakala suaminya lebih selesa memakai baju Melayu yang terdahulu.

Selain itu, penyanyi yang pernah berkolaborasi bersama Pitbull, Colby O Donis dan Jay Park ini turut teruja untuk belajar membuat biskut raya yang terkenal di bumi Kenyalang itu.

“Di sana nanti, Nina akan cuba membuat biskut raya Sarawak yang simple. Kalau kek lapis Sarawak tu Nina tak berapa pandai,” ujarnya lagi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails