Friday, July 12, 2013

Iqram Respons Isu Menunjuk Dalam Solat

Iqram


Iqram Respons Isu Menunjuk Dalam Solat


Selepas gambar Nora Danish bersolat tarawikh dan memakai hijab sempena kedatangan bulan mulia ini disalah erti oleh peminat sebagai menunjuk-nunjuk, kali ini pelakon Iqram Dinzly turut terkena tempias yang sama.

Perkara ini berikutan tindakan Iqram yang berkongsi gambar orang bersolat di dalam masjid sehingga peminatnya mengatakan dia seakan-akan menunjuk dalam melakukan kebaikan.

Menurut Iqram, “rasanya tak ada hukum mengatakan haram untuk bergambar sebagai perkongsian bersama. Sekurang-kurangnya orang bukan Islam pun dapat melihatnya betapa indahnya pergerakan dalam solat orang Islam. Yang menjadikan isu di sini kepada mereka yang memikirkan isu itu. Sedangkan berprasangka baik lebih baik daripada berfikir bukan-bukan”.

Iqram1

Pelakon lelaki itu juga sempat berpesan bahawa dirinya bukan tidak boleh menerima sebarang teguran yang diberi oleh peminatnya sebaliknya dia menyatakan biarlah sesuatu perkara itu disampaikan dengan lebih baik.

Malah Iqram turut meminta selepas ini para peminatnya berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang tanggapan negatif terhadapnya.

Ada benarnya kata Iqram itu, janganlah sesekali menghukum seseorang, apa salahnya kita sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik dengan sesama manusia.

Semoga kedatangan bulan ini dapat membersihkan hati kita agar jangan sentiasa bersikap negatif dan cuba untuk menasihati orang lain dengan cara yang lebih lembut dan berhemah. InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails