Saturday, July 13, 2013

Lelaki Gelar Swift Syaitan Ditahan

Taylor Swift


Lelaki Gelar Swift Syaitan Ditahan


PITTSBURGH – Seorang lelaki ditahan polis selepas dia didakwa membawa sepanduk dengan mesej “Taylor Swift ialah syaitan” di satu konsert penyanyi itu di sini.

Dia turut menulis mesej ugutan bunuh di laman Facebook penyanyi lagu 22 itu.

Portal hiburan Celebuzz melaporkan, lelaki tersebut, Joseph Jackson ditahan polis selepas pengawal peribadi Swift membuat aduan berhubung ugutan bunuh berkenaan.

Jackson dilaporkan memberitahu polis: “Swift ialah syaitan dan 6,000 tahun menyamai enam hari dan maut datang pada hari keenam, justeru Swift berada dalam situasi berbahaya”.

Pada hujung minggu yang sama, seorang peminat Pink ditahan di Melbourne, Australia selepas dia menghantar mesej berbaur ancaman bom di laman Twitternya.

Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati remaja berusia 16 tahun itu tersilap menulis judul lagu baharu penyanyi itu, Timebomb. – Agensi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails