Tuesday, July 9, 2013

Maher Zain Rakam Lagu ‘Ramadan’ Dalam 4 Bahasa

Maher Zain


Maher Zain Rakam Lagu ‘Ramadan’ Dalam 4 Bahasa


PENYANYI Maher Zain merakamkan single terbaharunya bersempena kedatangan bulan Ramadan dalam empat bahasa khas buat para peminatnya.

Lagu berjudul Ramadan itu dirakamkan dalam bahasa Inggeris, Melayu, Arab dan Turki dan ia telah mula dimuat naik ke dalam laman Youtube sejak seminggu lalu.

Tambah menggembirakan, lagu yang mengajak umat Islam menghayati bulan penuh hidayah itu telah mendapat tontonan sebanyak 100,000 sejak ia dilancarkan di laman itu.

Nama Maher yang semakin kukuh di dalam industri muzik dengan karya-karyanya yang mengetengahkan nilai-nilai kebaikkan dan ketaqwaan terus mendapat perhatian peminat di seluruh dunia.

Maher juga dicatatkan sebagai penyanyi beragama Islam yang mendapat jumlah pengikut terbanyak di Facebook selain albumnya meraih jualan platinum di pelbagai negara termasuk Malaysia. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails