Tuesday, July 9, 2013

Maria Farida Nak Kahwin Lagi?

maria

Kalau disebut siapakah selebriti wanita yang masih kekal anggun dan bergaya walaupun sudah menjadi ibu, kami pasti nama pertama yang akan terlintas di kepala anda selain Rozita Che Wan ialah Maria Farida, kan?

Selain masih kekal anggun, Maria Farida juga masih mengekalkan awet muda dan mungkin disebabkan itu, dirinya masih lagi ‘laku’ dimata para lelaki walaupun usianya sudah menjangkau 44 tahun.

Ketika ditemubual oleh Kosmo!, Maria menjelaskan dia bersedia untuk berkahwin lagi dan tidak kisah siapa pun lelaki yang bakal menjadi suaminya.

“Saya bukanlah jenis yang cerewet dan bukan cari lelaki yang sempurna tetapi pada usia sekarang saya tidak mahu bercinta lama-lama.

“Sebaliknya jika saya bercinta, lelaki itu bakal menjadi suami saya. Saya tidak kisah jika umurnya 30-an atau 60 tahun sekalipun. Janji, lelaki itu ikhlas untuk menerima diri saya bersama anak lelaki kesayangan saya.”

Bagaimana pun, Maria mengakui dia lebih selesa jika lelaki yang bakal menjadi suaminya mempunyai ekonomi yang stabil.
“Bukanlah saya mahu lelaki yang bergelar jutawan. Memadai lelaki itu mampu menanggung saya dan anak tanpa menyusahkan saya.

“Memang saya mengaku anak saya mempunyai selera yang tinggi. Saya juga suka membeli-belah barangan yang agak mahal tetapi itu semua hasil usaha saya sendiri.

“Jika berkahwin, saya harus mengubah cara perbelanjaan saya selama ini, susahlah. Jadi, lelaki itu harus mempunyai ekonomi yang cukup stabil.”

Betul juga apa yang dikatakan oleh Maria, tak salah rasanya jika mahu mendapatkan seorang pasangan yang stabil ketika umurnya yang sudah mencecah lebih 40an. Lagipun, bakal suami Maria perlu menanggung anak Maria juga selepas itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails