Friday, July 12, 2013

Masih Solo, Fahrin Ahmad Mengaku Cemburu

Fahrin Ahmad


Masih Solo, Fahrin Ahmad Mengaku Cemburu


Pelakon Fahrin Ahmad mengakui ada kalanya terdetik perasaan cemburu di hatinya apabila melihat ramai rakan sebayanya serta adik-beradiknya yang sudah mendirikan rumahtangga meraikan Ramadan serta ketibaan hari lebaran bersama pasangan dan keluarga masing-masing.

Namun begitu, pelakon kacak ini tidak menyatakan dia berasa tidak terlalu terdesak untuk mendirikan rumahtangga walaupun usianya kini sudah mencecah 34 tahun.

Bercakap kepada Malaysian Digest, Fahrin mengatakan, “Dah 34 tahun saya beraya sebagai bujang, jadi dah biasa dah. Cuma tak dinafi perasaan cemburu tu ada, lebih-lebih lagi bila tengok kawan-kawan sebaya dan adik beradik dah ada famili sendiri. Tapi ia taklah terlalu memberi tekanan pada saya.

“Saya pun taklah terdesak sangat nak kahwin. Usaha tu memang kena ada lah. Sebenarnya dalam adik-beradik, saya seorang saja yang tak kahwin lagi. Saya dah ada sembilan orang anak buah”, ujar Fahrin yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik ini.

Seperti kebiasaan bulan Ramadan, Fahrin turut memperlahankan aktiviti seninya dan akan meluangkan masa dengan beribadah sepenuhnya selain pulang ke kampung halaman di Skudai, Johor untuk berpuasa bersama kedua ibu bapanya yang berada dalam keadaan kurang sihat buat masa ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails