Tuesday, July 2, 2013

Natasha Hudson Tukar Nama Anak

Natasha Hudson


Natasha Hudson Tukar Nama Anak


Natasha Hudson menukar nama puteri sulung hasil perkahwinannya dengan Carleed Khaza apabila mendapat tahu nama berkenaan mempunyai maksud kurang enak melibatkan pengikut ajaran Syiah.

Meskipun memilih nama Naeema Taqiyyah pada mulanya kerana ia membawa makna keberkatan, ketenangan dan bertakwa; Natasha dan suami akhirnya akur kerana tidak mahu sebarang masalah berbangkit. Justeru, nama tersebut diubah kepada Naeema Kalila.

Hal ini diketahui pelakon dan model terkenal ini selepas mengikuti satu usrah.

Natasha dan Carleed mendirikan rumahtangga pada April 2012 sebelum dia melahirkan Naeema pada 22 April lalu.

Selain Naeema, Natasha turut mempunyai seorang cahaya mata daripada perkahwinannya yang terdahulu, Nessa Helena yang kini berusia 5 tahun.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails