Wednesday, July 3, 2013

Nazim Othman Luncur Ombak Di Bali

Nazim Othman


Nazim Othman Luncur Ombak Di Bali


Pada 29 Jun lalu, Nazim Othman telah terbang ke Bali, Indonesia bersama teman-temannya dan sepanjang berada di pusat peranginan tersebut, pelakon ini telah sempat memuat naik beberapa foto menariknya melalui laman Instagram serta Twitter.

Menerusi foto-foto yang dipaparkan, pelakon drama Epilog Cinta Khirana ini bukan sekadar berjalan mengelilingi pantai Bali, malah aktor berkenaan turut mencuba aktiviti meluncur ombak bersama teman-temannya.

Selain berkongsi foto-foto menarik, Nazim turut memuat naik sebuah video percutiannya menerusi lama Keek, di mana video terbabit menunjukkan bagaimana sebuah ombak besar menghempas pantai dan insiden berkenaan turut disaksikan oleh beberapa pengunjung lain. – Oh Bulan!


Amazing waves!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails