Sunday, July 14, 2013

Serina Komen Kisah Cinta Abangnya

Serina


Serina Komen Kisah Cinta Abangnya


Selepas disahkan bercerai pada tahun lalu, Chef Riz atau nama sebenarnya, Nadzri Redzuawan dilaporkan menjalin hubungan istimewa dengan seorang wanita yang digelarnya sebagai mak jemah.

Mengulas mengenai kisah cinta abangnya itu, pelakon Serina mengatakan dia tidak merasakan hubungan abangnya dengan wanita berkenaan sebagai serius.

Mengakui dirinya sering dijadikan rujukan oleh abangnya dalam banyak perkara termasuklah hal peribadi sehinggakan Serina merasakan dirinya lebih berperanan sebagai seorang kakak daripada seorang adik kepada abang tunggalnya itu.

“Walaupun Nadzri (Chef Riz) tu abang saya, sebenarnya saya ni yang nampak macam kakak dia. Kalau ada perkara yang tak kena, sayalah selalu membebel dan nasihatkan dia. Tentang gambar dia bersama teman wanitanya yang dimuat naik di Instagram, saya ada tegur dia pasal perkara itu.

“Dan khabar mengatkan saya akan menerima kakak ipar baru tak lama lagi, rasanya tak mungkin. Saya tak rasa hubungan dia dengan Mak Jemah itu serius,” kata Serina kepada Malaysian Digest.

Dalam perkembangan lain, Serina bakal membuka restoran pertamanya, Char Kuey Teow Simply Delicious Penang Mai di Kota Damansara yang terletak berhampiran dengan pusat farmasi yang diusahakannya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails